Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menggunakan sistem pemacu pengurusan data padang oleh ProPitch untuk memastikan kawalan kualiti rumput di Stadium Sultan Ibrahim.
Peralatan ujian ProPitch menyediakan penyelia padang dengan data sebenar untuk membantu mengurus prestasi dan keselamatan padang. Dengan mengukur daya tarikan, keteguhan dan pelbagai lagi data lain, penyelia padang dapat memahami dengan lebih baik kerja-kerja yang perlu dijalankan untuk menyediakan padang yang bertaraf dunia.
Selain digunakan dalam beberapa pertandingan UEFA, ProPitch juga telah bekerjasama dengan kelab-kelab seperti Arsenal, Manchester United, Tottenham Hotspur dan pelbagai kelab Inggeris yang lain. Luaskan Kuasamu Johor.