LATAR BELAKANG

Projek Penyelidikan dan Inovasi Budaya dan Warisan Johor (Research and Innovation in Culture and Heritage of Johor - RICHER) adalah bertujuan untuk penjenamaan semula aktiviti penyelidikan dan inovasi mengenai kebudayaan dan warisan Johor.

BAHAN RUJUKAN

Bahan rujukan yang terkandung di dalam Laman Web RICHER ini adalah terdiri daripada pelbagai jenis kategori bahan yang terdiri daripada keratan akhbar, gambar, video, audio visual, buletin, buku dan sebagainya daripada pelbagai sumber.

KOLEKSI

Terdiri daripada bahan-bahan rujukan terpilih yang berkaitan dengan projek-projek yang telah dilaksanakan seperti Sejarah Pertempuran di Parit Sulong, Sejarah Perlombongan Bijih Besi di Sri Medan, Gambus: Sejarah, Instrumentasi dan Gaya Permainan di Johor dan lain-lain lagi.

PAMERAN MAYA

Memaparkan koleksi pameran maya yang telah dilaksanakan sama ada di dalam format teks, bergambar atau menggunakan teknologi animasi seperti Realiti Maya (Virtual Reality), Realiti Terimbuh (Augmented Reality), Mixed Reality (MR) dan Penerokaan Maya (Virtual Tour).

PETA

Memaparkan peta Johor bersama dengan informasi mengenai sejarah, kebudayaan dan kesenian Johor berdasarkan pin-point atau lokasi yang telah dikenal pasti yang akan memupuk semangat kecintaan masyarakat kepada tanah air, khususnya negeri Johor.

RICHER