Wong Ah Fook (1837-1918) juga dikenali sebagai Wong Fook atau Wong Fook Kee, adalah seorang pendatang dari China, usahawan, dan dermawan yang meninggalkan kesan mendalam kepada negeri Johor terutamanya Johor Bahru.
Beliau adalah kontraktor bangunan, walaupun begitu juga ada menceburi banyak perniagaan lain.
Beliau telah membina beberapa buah bangunan warisan Johor, termasuk Istana Besar asal, istana diraja Sultan Johor dan Penjara Air Molek.
Pada tahun 1892, Wong telah diberi pajakan 99 tahun untuk 10 lot tanah oleh Sultan Abu Bakar di tebing timur Sungai Segget sebagai ganjaran untuk perkhidmatan beliau. Dinamakan Kampung Wong Ah Fook, jalan utama di kampung itu dinamakan Jalan Wong Ah Fook, manakala tiga jalan yang lebih kecil, iaitu Jalan Siu Nam, Jalan Siu Koon, dan Jalan Siu Chin, telah dinamakan sempena nama tiga anak lelaki Wong. Kawasan ini menjadi kawasan terkenal Kantonis dominan dan kini pusat bandar Johor Bahru dengan semua empat jalan yang masih wujud hingga hari ini.
Jalan Wong Ah Fook, salah satu jalan yang paling sibuk di pusat bandar Johor Bahru, dinamakan sempena nama beliau.