Sejarah Pembinaan Landasan Keretapi Segamat.

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu sebenarnya telah bermula dari tahun 1866 lagi apabila landasan Johor Bahru – Gunung Pulai telah dibuka pada zaman Sultan Abu Bakar diikuti dengan projek keretapi di Muar. Namun ianya tidak kekal lama.

    Melalui perjanjian 1904, Federated Malay State Railway (FMSR) bersetuju untuk membina keretapi dari sempadan Johor-Negeri Sembilan sejauh 120 batu. Oleh itu, kerajaan Johor terpaksa berhutang dengan membayar ansuran selama 21 tahun menyebabkan lewat pembinaan landasan tersebut. Namun, kerajaan Johor telah dapat menjelaskan hutang itu pada awal tahun 1918. Dalam tahun 1909, keretapi telah mulai sampai di Pekan Rantau Panjang atau dikenali Segamat. Landasan di Negeri Johor siap sepenuhnya pada 30 Jun 1909 dan pada 1 Julai 1909 upacara pelancaran perkhidmatan pertama oleh Johor State Railways (JSR) bertempat di Stesen Keretapi Segamat telah dirasmikan dengan penuh gilang gemilang. Landasan ini telah melengkapkan bagi Negeri Johor dari sempadan Negeri Sembilan dan menyambung terus jalan keretapi Utara-Selatan.

    Pada tahun 1924 stesen keretapi Segamat telah digantikan dengan bangunan baharu yang lebih besar di tempat yang sama. Tambang bagi kelas ke-3 untuk satu batu jauh hanya cuma satu sen saja. Bererti dari Segamat ke Buloh Kasap hanya 5 sen saja. Kelas ke-2 dan pertama kebiasaan untuk orang-orang bangsawan sahaja. Pada tahun 1933 jambatan keretapi Segamat yang baharu telah dibina.

    Pada ketika itu, terdapat sebuah lagu yang berirama diiringi bunyi roda dan enjin keretapi yang berbunyi :
    “Buloh Kasap Rantau Panjang hujung lesap pangkal hilang”. “Buloh Kasap Rantau Panjang duduk sedap, banyak hutang”. “Cheng-cheng Buloh Kasap, duduk bising banyak sedap”.
Publisher
  • Persatuan Bangsa Johor