Tarian Zapin Salor

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Tarian zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud gerak kaki daripada perkataan al-Zafin. Tarian zapin bercorak persembahan atau pertunjukan. Gerak tarinya berasaskan kaki penari-penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai irama tarian.
    Zapin Salor berasal dari Parsi dibawa oleh Sheikh Muhammad dan diketengahkan oleh Tengku Mahmud pada ketika dahulu. Gerak tari berbeza sedikit dari zapin-zapin di Johor. Zapin ini hanya mempunyai empat pergerakan seperti siku keluar, Semerah, Gelambang dan Wainab atau dikenali (Mokwan Jenab). Dahulunya zapin ini tidak begitu popular kerana pergerakan yang terlalu perlahan. Kini, zapin ini telah mula diminati kerana telah diolah menjadi lebih tangkas.
Publisher
  • JKKN KELANTAN