//added by Saiful 2025-08-28
 

Pembinaan landasan Keretapi di Negeri Johor

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Pada 21 Julai 1869, Maharaja Abu Bakar telah berkenan merasmikan landasan kereta api pertama yang menghubungkan Johor Bahru dan Gunung Pulai. Landasan sepanjang 32km ini dibina sepenuhnya menggunakan kayu termasuk pelapik dan kunci landasannya yang juga dikenali sebagai 'wooden railway'. Ini menunjukkan negeri Johor telah membina landasan kereta api lebih awal dari landasan kereta api pertama di Tanah Melayu yang siap dibina pada tahun 1885.

    Pada tahun 1889, Maharaja Abu Bakar menitahkan pembinaan landasan kereta api yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa di daerah Muar. Landasan sepanjang 18km tersebut berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 1890. Pembinaan landasan kereta api ini telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi terutamanya melibatkan perusahaan gambir dan lada hitam, malah dalam masa yang sama membantu meningkatkan kemajuan negeri Johor.
Publisher
  • JOHOR Southern Tigers