Mahkota Kerajaan

Imej

Dokumen

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Menerusi Perjanjian Setia pada 11 Disember 1885, British mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan bagi Negeri johor yang merdeka dan berdaulat. Sultan Abu Bakar mengilhamkan sebuah mahkota yang melambangkan keabsahan dan kedaulatan Baginda dan waris-waris keturunan Baginda yang memerintah Johor. Kewujudan sebuah mahkota merupakan keberanian Baginda memperkenalkan pembaharuan terhadap adat istiadat dan pakaian tradisional Raja- raja Melayu. Ia juga membawa Johor ke era moden. Johor merupakan negeri pertama mengadakan sebuah mahkota dan mengadakan istiadat kemahkotaan pada 29 Julai 1886. Mahkota kerajaan Johor dipadankan daripada mahkota British King Edward. Ia diubah suai dengan memasukkan unsur lambang Islam seperti bulan sabit dan bintang dihiasi dengan berlian, zamrud, delima dan batu permata.
    Pada tahun 1930, Sultan Ibrahim mengadakan sebuah mahkota (diadem) bagi Permaisuri Johor yang diperbuat daripada emas dan dihiasi berlian dan batu permata. Kedua-dua Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri dibuat khas oleh Syarikat J.W. Benson, London iaitu syarikat sama yang membuat peralatan istana British
Publisher
  • Portal Kesultanan Johor