Dato' Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Ungku Abdul Aziz dilahirkan pada 7 Ogos 1887 dan telah dihantar oleh Sultan Ibrahim ke England pada bulan Julai 1905 untuk melanjutkan pelajaran. Beliau kembali semula ke Johor pada bulan Februari 1908.

    Pada awal bulan Mei 1909, Ungku Abdul Aziz memulakan kerjaya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Pada tahun 1919, beliau ditukarkan berkhidmat di dalam pasukan askar Johor dengan pangkat Kadet. Pada akhir bulan Mei 1912, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda serta menjadi Pemangku Pengiring Sultan.

    Pada bulan Mac 1915, Ungku Abdul Aziz telah bertukar kerja di Pejabat Wang dan menjadi Pemeriksa Kira-Kira. Pada 11 September 1920, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerja serta setahun kemudian dilantik pula menjadi Ahli Jemaah Menteri.

    Pada awal bulan Ogos 1923, Ungku Abdul Aziz telah dinaikkan pangkat Mejar iaitu pegawai yang memerintah Pasukan Sukarelawan di Johor Bahru. Akhirnya beliau dilantik memegang jawatan Timbalan Menteri Besar setelah pernah memangku jawatan tersebut beberapa kali.

    Pada bulan April 1935 beliau telah diperkenankan oleh Sultan Ibrahim untuk memegang jawatan Menteri Besar Johor. Ungku Abdul Aziz dikurniakan bintang kebesaran Darjah Kerabat Johor.

    Dato’ Ungku Abdul Aziz meninggal dunia pada tahun 1947 di London. Jenazahnya dikebumikan di perkuburan Islam Brookwood Cemetery Survey, England.
Sumber
  • YBhg Prof. Dr Kassim bin Thukiman
Publisher
  • Yayasan warisan Johor