Pada 28 Jun 1924, Tambak Johor telah dirasmikan oleh Sir Lawrence N. Guillemard menggunakan peralatan khas iaitu golden knife yang diberikan oleh Sultan Johor.
Upacara perasmian tersebut turut dihadiri oleh Sultan Johor, Sultan Selangor dan juga pembesar-pembesar yang lain.
Tambak Johor dibangunkan bagi mengurangkan kesesakan di Selat Johor antara Johor Bahru dengan Woodlands. Tambak Johor siap dibina pada 11 Jun 1924.
Setahun kemudian, jawatankuasa kawasan Tambak Johor telah diwujudkan untuk mengawal selia pentadbiran dengan lebih cekap.
Pada awalnya, Tambak Johor berkonsepkan jambatan, tetapi selepas Perang Dunia Kedua, strukturnya adalah tambak. Sehingga ke hari ini, Tambak Johor masih lagi digunakan dalam melancarkan urusan perdagangan kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan juga Singapura.