Dato’ Abdullah bin Jaafar

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Dato’ Abdullah Jaafar dilahirkan pada tahun 1875 dan merupakan anak Menteri Besar Johor yang pertama. Beliau memulakan kerjayanya dalam pasukan Timbalan Setia Negeri pada 22 Februari 1897 dengan berpangkat Kapten.

    Beliau adalah Menteri Besar Johor yang pertama menerima latihan ketenteraan dan dilantik menjadi pelatih Pesuruhjaya Polis Muar seterusnya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi jajahan Muar.

    Beliau juga telah mengiringi Sultan Ibrahim ke England dan dalam pasukan tentera Johor, beliau memegang pangkat tertinggi iaitu Mejar. Beliau telah dikurniakan bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Johor, anugerah kerajaan British C.B.E serta Darjah Kerabat Johor.

    Dato’ Abdullah telah dilantik memangku jawatan Menteri Besar pada September 1922 dan pada awal Januari 1926 diisytiharkan tetap memegang jawatan itu.

    Pada September 1928, Dato’ Abdullah telah berhenti dari jawatannya lalu berpindah ke Singapura kemudiannya meninggal dunia di rumahnya di Siglap pada 28 April 1934 dan jenazahnya dikebumikan di Teluk Belanga, Singapura.
Sumber
  • Yang Berhormat (YB) Prof. Dr. Kassim Bin Thukiman
Publisher
  • Yayasan Warisan Johor