Maharaja Abu Bakar telah berkenan merasmikan landasan kayu kereta api yang pertama di Johor pada 21 Julai 1869.
Pembinaan landasan kayu kereta api ini adalah hasil daripada cadangan baginda sendiri setelah kembali dari melawat England.
Landasan kayu kereta api ini telah menghubungkan antara Johor Bahru dengan Gunung Pulai.
Pembinaan landasan ini bertujuan untuk membuka lebih banyak kawasan tanah-tanah baru dan meningkatkan perdagangan pertanian komersil seperti lada hitam dan gambir.
Landasan kayu kereta api pertama di Johor ini dikatakan mirip landasan kereta api yang dibina di Clifton, New York.
Sumber
1. Fawzi Basri & Hasrom Haron, Sejarah Johor Moden 1855-
1940, Kuala Lumpur: Muzium Negara, 1978
2. Koleksi Pusat Dokumentasi Johor