Istana Semayam dan Istana Marbal, Johor Bahru

Imej

Dokumen

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Dua buah lagi istana dibina di kawasan Kebun Bunga Istana Besar, iaitu Istana Persemayaman (Istana Semayam) dan Istana Marbal. Kedua-dua istana dibangunkan oleh Wong Ah Fook. Reka bentuk Istana Semayam disediakan oleh Dato’ Yahya Awaluddin. Reka bentuk Istana Marbal dipadankan daripada Marlborough House di London. Namanya dipendekkan kepada Marbal sesuai dengan sebutan Melayu. Istana ini bukan dibina daripada batu marmar (marble) . Almarhum Sultan Ismail diputerakan di Istana Semayam pada 28 Oktober 1894. Almarhum Sultan Iskandar diputerakan di Istana Semayam pada 8 April 1932. Istana tersebut musnah terbakar pada tahun 1942 yang dipercayai akibat tembakan meriam tentera Bersekutu dari Singapura. Istana Marbal dijadikan kediaman rasmi Tunku Aris Bendahara Tunku Abu Bakar, iaitu anakanda kedua Sultan Ibrahim.
Penulis / Penerbit / dll
  • Jumaah Majlis DiRaja Johor
Publisher
  • Portal Kesultanan Johor