Takhta kerajaan adalah tempat di mana Sultan atau Raja bersemayam di dalam sebuah istana ketika satu majlis istiadat sedang berlangsung.
Takhta Kerajaan Johor merupakan dua kerusi untuk Sultan dan Permaisuri yang berbalut dengan baldu berwarna biru yang berada di atas pentas tiga tingkat terletak di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor.
Keistimewaan utama Takhta Kerajaan Johor ini adalah ia merupakan satu-satunya alatan istiadat yang dibuat di Johor oleh tukang mahir atas titah Sultan Abu Bakar pada 1885.