Istana Temenggong, Singapura

Imej

Dokumen

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Istana Temenggong, Singapura
    Pada tahun 1815, Temenggong Abdul Rahman membuka sebuah penempatan Kampung Temenggong di tebing Sungai Singapura. Selepas pelantikan Tengku Husin sebagai Sultan Johor dan Temenggong Abdul Rahman sebagai pemerintah Singapura, Kerajaan British memindahkan Sultan Husin dari Kampung Temenggong ke Kampung Gelam pada tahun 1820. Temenggong menangguhkan perpindahan ke Telok Belanga sehingga 14 Mac 1824, selepas British bersetuju membayar ganti rugi serta membina kediaman dan menyediakan kemudahan asas untuk pengikutnya. Sebuah istana dibina di Bukit Aur dikenali sebagai Istana Temenggong atau Istana Bukit Aur yang dilengkapi sebuah Balai Rong Seri berbentuk lapan segi sebagai balai menghadap dan mesyuarat. Temenggong Ibrahim menjadikan balai itu sebagai masjid. Pada tahun 1989, Sultan Iskandar bertitah masjid itu dibina semula dengan dikekalkan reka bentuk asal dan dinamakan Masjid Temenggong Ibrahim.
    Temenggong Ibrahim ditabalkan sebagai Temenggong Johor di Istana Temenggong pada 19 Ogos 1841. Tun Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1833 di Istana Temenggong dan menaiki takhta kerajaan sebagai Dato’ Sri Maharaja Johor pada tahun 1862. Pada 15 Ogos 1864, pihak Inggeris mengurniakan tanah di kawasan Telok Belanga dengan hak milik kekal 999 tahun Government Lease Lot No. 1, Lease No. 69 Registration No. 2118 kepada Maharaja Abu Bakar. Sehingga kini, kawasan tanah itu adalah milik Johor dan bendera Johor dikibarkan dengan megah di Masjid Temenggong Ibrahim. Semua staf masjid berkhidmat dengan Kerajaan Johor. Khutbah Jumaat dan Doa Sultan disediakan oleh Jabatan Mufti Johor. Temenggong Abdul Rahman, Temenggong Ibrahim dan kerabat-kerabat lain dimakamkan di Makam Temenggong di Telok Belanga.
Penulis / Penerbit / dll
  • Jumaah Majlis DiRaja Johor
Publisher
  • Portal Kesultanan Johor