Istana Tanjung, Muar

Imej

Dokumen

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Pada tahun 1884, Sultan Abu Bakar membina Istana Tanjung di Tanjung Ketapang, Muar. Pada tahun 1886, pasukan Askar Timbalan Setia Negeri ditempatkan di kawasan istana untuk membantu pasukan polis mengawal keselamatan di Muar. Baginda berhasrat menjadikan bandar Muar sebagai contoh kepada British tentang kebolehan dan kecekapan Baginda membangunkan dan mentadbir Johor. Pada tahun 1895, Sultan Abu Bakar menyambut Hari Kerajaan di Istana Tanjung. Istana Tanjung terletak di kawasan berpaya dan tidak sesuai didiami dari segi kesihatan. Pada tahun 1897, Sultan Ibrahim membina sebuah istana di Jalan Petrie dan mengekalkan nama Istana Tanjung. Pada tahun 1968, Sultan Ismail merobohkan bangunan tersebut dan membina semula Istana Tanjung baharu di tapak yang ada sekarang.
Penulis / Penerbit / dll
  • Jumaah Majlis DiRaja Johor