Johor Darul Takzim adalah negeri yang unik, penuh dengan jatuh-bangun, suka-duka sejarah lampau sejak tahun 1528. Negeri Johor bukan sahaja pecahan daripada empayar Kesultanan Melayu Melaka, tetapi ia adalah nadi kepada perjuangan mengembalikan keagungan Kerajaan Melayu Melaka melalui empayar Johor-Riau-Lingga- Pahang; yang akhirnya juga berpecah disebabkan oleh kelemahan kuasa Sultan dan kerakusan Sang Penjajah.