RUMAH Limas adalah warisan unik orang Melayu Johor.
Elias Robani, 47, tukang ukir kayu di Muar yang mewarisi seni itu daripada bapanya, berkata, setiap rumah Melayu tradisional mempunyai identitinya yang tersendiri.
Identiti Rumah Limas Johor terletak pada bumbungnya, dengan satu perabung terus mendatar bersambung dengan lima perabung menurun ke cucur atap dengan kayu berceracak di atap dikenali sebagai “tunjuk langit”.
Kebanyakan rumah diperbuat daripada kayu dengan tiga ruangan utama; serambi, ruang tamu utama dikenali sebagai “rumah ibu” dan dapur di belakang.
Tetamu lelaki biasanya akan berkumpul dan dilayan di serambi, manakala orang perempuan pula di rumah ibu dan dapur