Kacau Keledek

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Keterangan
  • Kacau Keledek merupakan sajian manisan warisan Melayu di negeri Johor.

    Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih ini adalah dengan ubi keledek direbus dan dilencek halus, kemudiannya akan dimasak dalam santan sehingga pekat seperti dodol.

    Kuih ini lazimnya dijadikan sebagai hantaran/ hadiah perkahwinan serta hidangan sewaktu acara/ majlis diraja.

    Kuih ini mendapat nama kerana penghasilan kuih memerlukan manisan ini sentiasa dikacau secara berterusan sehingga teksturnya menjadi kental.

    Video Kredit: Chef Johari Bin Edrus (Chef Jo)
Penulis / Penerbit / dll
  • Chef Johari Bin Edrus (Chef Jo)
Publisher
  • Jabatan Warisan Negara
Tarikh
  • 4 Mei 2021