Dangkung merupakan gabungan bunyi gendang dan gong iaitu “Dang” dengan “Kung”. Hasil daripada bunyian ini diciptakan sebuah tarian yang dipanggil Tarian Dangkung oleh masyarakat orang Asli iaitu Orang Kuala, yang tinggal di Kuala Benut, Pontian. Tarian Dangkung merupakan sejenis tarian joget lambak yang ditarikan oleh empat hingga lapan orang penari lelaki dan wanita. Pergerakannya adalah bebas dengan tangan yang lemah gemalai dan pergerakan kaki yang perlahan mengikut rentak pukulan gendang dan gong.