Amukan parang terbang Kiyai Salleh

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Keterangan
  • Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim (1916 – April 21,1959) dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor.

    Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama Islam dan Al-Quran), Haji Alias dan Haji Adam bin Samsu di Kampung Raja, Pagoh serta Haji Ahmad.[perlu rujukan] Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan diJohor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.

    Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Penghulu Salleh, Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.
Publisher
  • Izzuddin Al Jitrawiy