Siri Pengabsahan Zapin Johor - Zapin Tanjung Laboh

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Zapin yang mengambil nama kampung Tanjung Laboh diwarisi oleh keluarga Salmah binti Ahmad atau Mak Salmah sejak ianya diasaskan oleh Mahmud bin Muhaban atau Cikgu Mahmud Awang sebelum ianya diturunkan kepada Abdul Aziz bin Boon. Mak Salmah telah mempelajari dan mewarisi Zapin Tanjung Laboh dari Abdul Aziz bin Boon dan telah memperkembangkan permainan di kalangan ahli keluarganya. Zapin Tanjung Laboh mendapat perhatian awam selepas ianya dibawa ke pertandingan Zapin Negeri Johor pada akhir tahun 1990-an. Sebelum itu, Zapin Tanjung Laboh yang mempunyai empat ragam pergerakan iaitu Langkah Satu, Langkah Dua, Langkah Tiga dan Langkah Empat pada kebiasaannya dimainkan oleh orang-orang kampung secara berpasang-pasangan (berdua atau berempat) tanpa mengikut rentetan atau aturan yang formal untuk sambutan keramaian dan majlis kenduri kahwin dalam kalangan ahli keluarga.

    Walaupun pada asalnya Zapin di Kampung Tanjung Laboh merupakan permainan kaum lelaki sahaja, Mak Salmah telah membawa Zapin tersebut untuk dimainkan oleh ahli keluarganya sehingga ianya dikenali sebagai Zapin yang dimainkan oleh kaum wanita sahaja. Kelebihan Zapin Tanjung Laboh yang dimainkan pada hari ini bukan sahaja kerana ianya dimainkan oleh kaum wanita tetapi juga gaya dan bentuk persembahan mereka dimainkan mengikut tertib kaum wanita melangkah dengan busana baju kurung Johor bersama kain dagang luar. Zapin Tanjung Laboh pada hari ini sinonim dengan bentuk dan sifat persembahan yang telah diturunkan dari adiguru Mak Salmah alias Salmah binti Ahmad.
Publisher
  • Nusantara Performing Arts Research Center (NusPARC)