Siri Pengabsahan Zapin Johor - Zapin Padang Sari

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Haji Saim bin Ros (1943-2019) adalah pelopor dan adiguru Zapin Padang Sari yang telah melestarikan Zapin tersebut melalui penglibatan pemuda-pemuda dari Majlis Kebudayaan Daerah Batu Pahat pada akhir tahun 1990-an. Berasal dari Kampung Parit Rasul, Mukim 4, Batu Pahat, Haji Saim mula mempelajari dan memainkan Zapin pada umur 10 tahun kerana beliau sangat berminat menonton permainan Zapin di majlis-majlis perkahwinan di kampung. Guru pertama yang melatih Haji Saim bermain Zapin ialah Wak Muh Benjol yang berasal dari Bagan yang bermastautin di Kampung Batu Putih, Batu Pahat. Pada ketika itu Wak Muh Benjol mempunyai seramai 15 orang pelajar dan kesemuanya adalah lelaki, Haji Saim adalah salah seorang darinya. Guru yang kedua ialah Haji Surjat dari Kampung Padang Sari, Batu Pahat.

    Haji Saim telah menurunkan langkah-langkah Zapin Padang Sari yang dipelajari dari Haji Surjat kepada anak-anak muridnya di kampung dan kepada pemuda-pemuda dari Batu Pahat. Langkah permainan Zapin Padang Sari terdiri daripada Langkah 1, Langkah 2, Langkah 3 dan Langkah 4. Selain langkah-langkah tersebut, terdapat juga langkah yang dinamakan Langkah Genjat yang membawa maksud mengenjut dengan gerak langkahnya perlahan. Langkah Genjat atau Ginjat merupakan salah satu langkah dari Zapin Ginjat yang biasa dimainkan di Bagan dan di Parit Haji Yusuf.
Publisher
  • Nusantara Performing Arts Research Center (NusPARC)