Sebuah daripada Kapal Jepun yang berulang alik ke pelabuhan Batu Pahat mengangkut Bijih Besi
Sebelum perang dunia kedua, Jepun adalah rakan perniagaan yang menguntungkan .Tanggapan yang baik itu wujud kerana orang Jepun telah berniaga di Tanah Melayu sebelum perang , mempunyai sikap yang baik dan menjual barang barang dagangan mereka dengan harga yang murah. Orang orang Melayu memang bersedia menyambut kedatangan Jepun.
Jepun turut menyumbang kepada ekonomi Batu Pahat, khususnya antara tahun 1918 sehingga Perang Dunia Kedua dalam pemodenan industri keluli negara Jepun yang terpaksa bergantung bekalan bijih besi dari negara luar yang kurang maju.
Hubungan baik antara Istana Johor dan Istana Maharaja Jepun juga akrab.Almarhum Sultan Abu Bakar pernah menerima bintang dari Maharaja Meiji pada tahun 1870-an.
Sultan Sir Ibrahim juga sering mengadakan lawatan ke Jepun untuk meningkatkan hubungan perniagaan. Semasa melawat Bandar Kobe, baginda telah bertemu dengan wakil syarikat yang menjalankan perlombongan bijih besi yang menjalankan aktiviti di Johor. Baginda juga turut melawat bandar-bandar utama Jepun seperti Tokyo, Yokohama, Kyoto, Nagoya dan Nagasaki.
Lawatan Sultan Sir Ibrahim ini telah memperkukuhkan hubungan baik antara Johor dan Jepun, 50 tahun selepas Sultan Abu Bakar bertemu dengan Maharaja Meiji. Hasil hubungan baik ini, banyak syarikat dan ahli perniagaan Jepun yang datang melabur ke negeri Johor.”
Syarikat ISK – ISHIHARA SANGYO KAISHA LTD. Berasal dari OSAKA,Jepun ditubuhkan oleh Hiroichiro membangunkan kerja perlombongan .Seri Medan adalah Pelaburan pertama ISK diluar negara Jepun Ketika itu pada September 1920.dikuti dengan pembukaan lombong magnesium di Kemaman ,Terengganu.
Salah seorang presiden syarikat tersebut mempunyai hubungan baik dengan Sultan Ibrahim.Beliau adalah Kuzumi daripada syarikat ISK.dan mendapat gelaran Dato’.
Lombong bijih di Batu Pahat terdiri daripada bijih boksit di Bukit pasir (sekarang Tasik Merdeka) dan bijih besi di Seri Medan (sekarang Taman Botani)
Seri Medan asalnya dikenali sebagai ‘Batu Medan’ (the fields of stones) atau Sri Ramonia telah ditukar nama sebagai Seri Medan (the field of lights)yang juga dipanggil sebagai ‘Tie-Shan’ oleh orang Jepun. Penamaan semula ini dibuat oleh Baginda Sultan Johor pada ulang tahun pertama operasi perlombongan dengan ucapan ucap selamat.
Pemerintah Johor telah memberikan Ishihara konsesi perlombongan,pada bulan Julai 1920.Jepun juga dibenarkan untuk membuka pelabuhan terbuka (minyak beku) di muara Sungai Batu Pahat pada bulan Disember tahun yang sama, walaupun ada bantahan oleh beberapa pegawai British sebelum itu.
Sekiranya muara tersebut tidak disetujui sebagai pelabuhan pemuatan bijih besi dari lombong Sri Medan, ia memerlukan penghantaran ke kapal kargo yang menuju ke laut di Singapura, 80 batu menyusuri Selat Melaka dari muara Batu Pahat. Pembukaan Pelabuhan Batu Pahat sangat diperlukan untuk merendahkan kos pengangkutan bijih besi dari lombong Ishihara.
Sikap terbuka Pemerintah Johor serta usaha Ishihara meyakinkan pemerintah bahawa perusahaan perlombongan ini dan pembukaan pelabuhan pemuatan akan mewujudkan pekerjaan baru dan meningkatkan pendapatan melalui cukai eksport bijih. Secara tidak langsung, Batu Pahat, merupakan pelabuhan luar negara Jepun yang pertama sebagai pelabuhan terbuka ditubuhkan khas atas permintaan kepentingan Jepun.
Sebuah Kelab Jepun juga pernah dibuka berdekatan dengan Pelabuhan Batu Pahat
Dahulunya Sri Medan yang terletak antara Yong Peng dan Parit Sulong kebanyakannya hanya dipenuhi pekerja lombong.
Kehidupan penduduk kampung juga agak susah dengan kebanyakan mereka hanya bekerja menoreh getah. Sebilangan kecil penduduk yang bekerja di lombong menikmati kehidupan yang lebih selesa kerana mendapat gaji tetap. Parit sulong banyak peluang pekerjaan dengan syarikat ISK daripada Osaka, Jepun membuka lombong bijih besi di bukit sri medan (Tie Shan) dalam Bahasa jepun pada masa itu lombong bijih besi terbesar di malaya pada masa itu. .
Syarikat Perlombongan Jepun meletakkan pejabat dan pegawainya di Pekan Parit Sulong (kedudukan strategik antara lombong Seri Medan dan Pelabuhan Batu Pahat. Pegawai ini memproses permohonan kerja daripada serata daerah semenanjung samada sebagai buruh di lombong,pemandu bot yang menarik tongkang bijih.
Sungai Simpang Kiri dahuunya sangat sibuk untuk keperluan logistic perlombongan dan pengangkutan awam.Sebahagian sungai pesisiran tebing sungai Parit Sulong,Bandar Penggaram dan Seri Medan dipenuhi bot ,tongkang besar berukuran 21 atau 24 meter dan lebar lebih kurang 4.5 meter serta dalam geladaknya pula lebih kurang 4.5 meter.Tongkang ini dimuatkan dengan bijih besi diangkut oleh berates ratus gerabak beroda dari lombongnya.Setelah tongkang -tongkang ini penuh ,ia ditarik oleh bot menghilir ke sungai simpang kiri melintasi beberapa buah kampung termasuk Parit sulong,Parit Che Mat,Parit Jawa,Separap,Tebing Tinggi ,melewati Bandar Penggaram terus ke kuala Minyak Beku.Di sini kapal kapal besar dari Jepun sedang menunggu .Bijih akan dipunggah ke kapal untuk dibawa ke Negara Jepun.
Pekerja-pekerja tongkang hampir semuanya orang tamil hindu dari india.Sungai Simpang Kiri meriah apabila mereka menyusuri sambil menyanyi dengan kuat beramai-ramai.
Pada 1922,kemudahan infrastruktur semakin baik kerana mempunyai jalan (jarak 38.5 km daripada muar ke tebing sungai .dan kemudian pada tahun 1930 dibina jambatan menghubungkan muar dengan yong peng.
Tanah Melayu muncul pada tahun 1921 sebagai pengeksport baru ke Jepun, dengan cepat memperluas kepentingannya sebagai sumber bekalan bijih besi pada separuh kedua tahun 1920-an, dan melampaui China pada tahun 1929. Tanah Melayu tetap berada di puncak kedudukan sehingga tahun 1940 (penghantaran besi dari Tanah Melayu dihentikan pada bulan Julai 1941 kerana AS, UK dan Belanda membekukan aset Jepun di wilayah mereka).