Jasa Jepun pada daerah Batu Pahat ialah mengusahakan lombong bijih besi di Sri Medan (Tie Shan), lombong bijih besi terbesar di Malaya pada masa itu.Pada tahun 1918, Ishara Sujikaisa Mining Company, syarikat lombong Jepun bawah seliaan British mengusahakan lombong bijih besi di Sri Medan (tapak lombong nombor 6 dan 7 ditukar menjadi Taman Botani Negeri Johor).Pada tahun 1920-an, direkodkan pengeluaran 800,000 tan bijih besi setahun terhenti semasa Perang Dunia Kedua.Pada tahun 1953, Malayan Mining Company, yang Tan Sri Lim Goh Tong menjadi lembaga pengarahnya. mengusahakan semula lombong bijih besi di Sri Medan.Pada 1967, lombong ditutup atas sebab keselamatan.