Sejarah pembinaan landasan kereta api di Johor telah bermula seawal tahun 1869, apabila Almarhum Sultan Sir Abu Bakar mula memperkenalkan inovasi dalam sistem pengangkutan moden selepas Baginda mengadakan kunjungan ke England. Hasil daripada lawatan DiRaja itu akhirnya tertubuhlah dua sistem pengangkutan rel iaitu ‘The Wooden Railway’ dan ‘Muar State Railway’ (MSR) pada tahun 1888.
Lebih daripada sekadar mod sistem pengangkutan, penubuhan dua sistem kereta api ini juga turut menterjemahkan sisi lain terhadap gagasan wawasan besar pihak Istana Johor dan Kerajaan Johor dalam menjadikan Johor sebuah negeri yang moden dan berdaulat.
Dokumentari Media Digital Johor bersama YB Dato’ Dr. Haji Abdul Rahim Bin Ramli, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor kali ini akan membawakan anda menyelami sejarah, peranan dan kepentingan sistem pengangkutan kontemporari berkenaan kepada Negeri Johor.