//added by Saiful 2025-08-28
 

Tragedi Berdarah di Parit Sulong - Sejarah Hitam Yang Tidak Dilupakan

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Tahukah anda, Parit Sulong pernah menjadi saksi kepada salah satu tragedi paling kejam dalam sejarah tanah air semasa Perang Dunia Kedua?

    Pada tahun 1942, lebih 150 askar Sekutu yang cedera terpaksa berundur selepas pertempuran sengit dengan tentera Jepun.

    Namun, mereka ditangkap, didera, dan akhirnya dibunuh dengan kejam di sini.

    Mereka yang menyerah diri sepatutnya dilindungi sebagai tawanan perang, tetapi tentera Jepun melanggar etika peperangan dan melakukan pembunuhan besar-besaran.

    Kejadian ini diingati sebagai “Parit Sulong Massacre” — satu peringatan tragis tentang kekejaman perang yang tidak berperikemanusiaan.

    Tragedi ini meninggalkan luka dalam sejarah, yang perlu kita ingati agar tidak berulang lagi.

    Parit Sulong bukan sekadar sebuah pekan kecil, tetapi sebuah tapak sejarah yang menjadi bukti kepada ketabahan dan pengorbanan mereka yang terkorban.
Sumber
Publisher
  • melvingary595