//added by Saiful 2025-08-28
 

Sejarah institusi agama Johor

Dokumen

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Sekilas Sejarah

    Siri Kedua

    Kemunculan pentadbiran kerajaan lslam Johor adalah hasil daripada
    kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511 akibat serangan Portugis,
    Pentadbiran pada zaman empayar Johor terbahagi kepada dua tahap,
    peingkat Johor Lama atau Johor Tua yang bermula selepas kejatuhan
    kerajaan Melaka (1511-1699).

    Johor Moden

    Peringkat kedua dinamakan Johor Moden yang bermula dari tahun 1895
    iaitu semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar hingga Johor berada di
    bawah naungan Inggeris pada tahun 1940 atau sebelum berlakunya
    Perang Dunia Kedua.

    Semasa pentadbiran Kerajaan Johor Lama (1511-1699) terdapat satu
    undang-undang yang utama iaitu Undang-Undang Johor. la telah dibentuk
    sejak tahun 1523 iaitu selepas kejatuhan Melaka dengan berasaskan
    kepada Undang-Undang Adat Temenggung, Undang-Undang Melaka,
    Undang-Undang Laut Melaka dan Kampulan Undang-Undang Johor.

    Undang-Undang Johor menerima pengaruh Undang-Undang Islam yang
    diambil secara langsung daripada Undang-Undang Melaka dengan
    menyisipkan fasal-fasalnya ke dalam fasal-fasal Undang-Undang Johor.
    Kemudian ditambah dalam perkara-perkara seperti fasal harta,
    perhambaan, kerosakan disebabkan oleh binatang ternakan, perkahwinan
    dan perzinaan.

    Pentadbiran kerajaan Johor mula tersusun di era pemodenan yang dikenali
    zaman Johor Moden. Pada 14 April tahun 1895, Sultan Johor yang terkenal
    sebagai bapa Pemodenan John, Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan
    pemasyhuran perlembagaan bertulis dengan menubuhkan Majlis Menteri-
    Menteri Diraja Johor dan sebuah Dewan Undangan Negeri.

    Berdasarkan penguatkuasaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
    1895, fasal 28, apabila Jemaah Menteri telah diinstitusikan secara bertulis,
    berlaku rombakan besar-besaran dalam struktur perjawatan Kerajaan
    Johor.

    Di antara jabatan baru yang diwujudkan ialah Jabatan Agama dan
    Pelajaran Negeri Johor dengan memperkenalkan penjawat Yang
    Dipertuanya iaitu Yang Mulia Ungku Mohammad Khalid.

    Pengisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang pertama
    seumpamanya di negara ini membuktikan bahawa undang-undang dan
    pentadbiran Islam telah dilaksanakan di negeri Johor. Serentak dengan itu
    jawatan Mufti dan Kadi telah dimasyhurkan dengan rasminya. Berikutnya,
    Pejabat Kadi (Mahkamah Kadi) turut didirikan di semua daerah secara
    berperingkat di negeri ini yang berfungsi antara lain bagi melicinkan
    pentadbiran agama Islam di peringkat daerah.

    Mufti Pertama

    Terdahulu daripada itu, iaitu pada tahun 1873, jawatan Mufti telahpun
    diwujudkan dan disandang oleh Dato' Syed Salim bin Ahmad al-Attas
    makakala Kadinya ialah Haji Abdul Rahman. Seterusnya pada tahun 1893,
    Kadi-Kadi bagi jajahan Johor telah dilantik dan berfungsi sebagai pengapit
    hakim di dalam sebagai mahkamah-mahkamah di negeri Johor iaitu satu
    amaIan yang wujud hingga ke tahun 1909.

    Pada 2 November 1895, selepas kemangkatan Sultan Abu Bakar,
    anakanda baginda Sultan lbrahim dimahkotakan sebagai Sultan Johor.
    Seperti juga ayahandanya, baginda seorang yang berhemah tinggi dan
    bijaksana menjalankan pemerintahan negeri. Di bawah pemerintahan
    Sultan Ibrahim telah diperkenalkan suatu undang-undang mal Islam iaitu
    "Majalah Ahkam Johor¿ untuk diguna pakai dan dijadikan panduan di
    negeri itu mulai tahun 1913. (Rujuk Buku Laporan Kehakiman 2004 Johor)
Penulis / Penerbit / dll
  • AI Jufri
Publisher
  • Utusan Malaysia
Tarikh
  • 11/05/2007