KOTA TINGGI 6 Okt. ¿ Projek Kembara Wangsa bakal memberi banyak manfaat kepada
penduduk terutamanya mereka yang tinggal sekitar kawasan Sungai Johor dan
kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan
projek yang membabitkan tiga fasa itu. Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Asiah Md. Ariff berkata,
projek yang melibatkan kos RM50 juta itu merupakan salah satu usaha pihak
kerajaan negeri untuk mengetengahkan kesan peninggalan sejarah yang terdapat
di sepanjang pesisiran sungai tersebut kepada orang ramai.
¿Kita telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar dalam lawatan
kerjanya ke Kota Tinggi di mana dalam taklimat tersebut beliau telah
dibentangkan mengenai projek tersebut oleh pegawai daerah. Ia melibatkan
beberapa kampong di sepanjang pesisiran Sungai Johor dalam kawasan
DUN Johor Lama dan DUN Pasir Raja.
¿Malah Menteri Besar juga pada dasarnya telah bersetuju dengan program
tersebut kerana ia secara tidak langsung telah mengetengahkan mengenai
asal usul sejarah negeri Johor,¿ katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan
Program Merakyatkan Seni Budaya ¿Sentuhan Rakyat¿ di
Kampung Johor Lama, di sini semalam. Yang turut hadir, wakil pegawai
daerah Kota Tinggi, Wan Ismail Wan Ngah; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara Johor, Abdul Hamid Muhamad; Penghulu Mukim Johor Lama,
Muhammad Nazri Kasman dan Ketua Kampung Johor Lama, Mohd. Amin Jantan.
Majlis turut menyaksikan penyampaian bungkusan keperluan asas kepada 25
penduduk kurang berkemampuan dari lima buah kampung dalam kawasan DUN Johor
Lama serta pemberian cek bernilai RM30,000 sumbangan Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negera, Johor kepada wakil Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) Johor
Lama. Asiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama berkata,
pihaknya juga telah mengenal pasti nilai untuk kerja-kerja pengambilan
tanah berikutan terdapat tanah yang terlibat mempunyai pemiliknya