//added by Saiful 2025-08-28
 

Sejarah pembinaan Tambak Johor

Dokumen

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • RANCANGAN pembinaan Tambak Johor telah bermula sejak tahun 1892
    apabila seorang jurutera British F.G Slessor, ditugaskan membuat laporan
    mengenai projek landasan kereta api Johor bermula dari Segamat ke Johor
    Bahru.

    Bagaimanapun, laporan yang dipersembahkan kepada Sultan Johor,
    Almarhum Sultan Abu Bakar ketika itu tidak mendapat sebarang reaksi
    daripada kerajaan Johor.

    Bagaimanapun ekoran perkhidmatan feri dari Johor Bahru ke Singapura gagal
    menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah, kerajaan Johor
    bersetuju untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sebuah tambak
    merentangi Selat Tebrau.

    Anggaran kasar bagi membina Tambak Johor itu pada ketika itu ialah 400,000
    pound sterling, yang merupakan jenis perhubungan yang dianggap murah dan
    senang diselenggarakan.

    Kerja-kerja pembinaanya dimulakan pada tahun 1923 dan panjang Tambak
    Johor sejauh 1.1 kilometer itu dirasmikan oleh Gabenor Sir Laurence
    Guillemard dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
    pada 28 Jun 1924.

    Pada bulan Ogos 1996, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
    telah menyuarakan hasrat kerajaan untuk membina sebuah jambatan baru
    menggantikan Tambak Johor.

    Pembinaan jambatan baru itu bertujuan untuk mengurangkan masalah
    kesesakan lalu lintas dan beberapa keperluan lain, termasuk aspek alam
    sekitar.

    Pada pertengahan Disember lepas, firma kejuruteraan Transwater Corp
    memberitahu Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahawa Unit Perancangan
    Ekonomi (EPU) telah memberi kelulusan kepada Konsortium Gerbang
    Perdana untuk menggantikan Tambak Johor yang berusia 75 tahun itu dengan
    sebuah jambatan.

    Laporan itu berkata, konsortium itu akan diberi konsesi 33 tahun untuk
    mengutip tol di jambatan sepanjang 1.5km itu.

    Konsortium itu juga bercadang membangunkan kawasan dermaga dekat
    jambatan itu dan membina semula kompleks Kastam, Imigresen dan
    Kuarantin.

    Menurut laporan itu lagi Detik Nagasari Sdn. Berhad milik Transwater akan
    memegang 20 peratus saham dalam konsortium itu sementara Diversified
    Resources Berhad (20 peratus) dan Merong Mahawangsa Sdn Berhad milik
    Ibex Corp Amalgamated memegang baki 60 peratus ekuiti.

    Pada 14 Januari lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman telah
    melihat reka bentuk jambatan baru itu.

    Abdul Ghani berkata, jambatan itu akan dibina pada Januari tahun depan dan
    dijangka siap pada 2003.
Publisher
  • Utusan Malaysia
Tarikh
  • 24/01/1999