Sebuah pekan kecil bernama Rengit disinilah lahirnya seorang tokoh bernama Sardon bin Jubir. Sardon bin Jubir dilahirkan di Kampung Sungai Keluang Rengit pada 19 Mac 1917. Kehebatan tokoh ini boleh dikatakan mendahului zaman, terutama sekali dalam soal kesedaran pentingnya pendidikan, Sardon amat bertuah kerana bapanya juga berpendidikan tinggi dan pernah belajar di Mesir, ditambah pula keluarga Sardon merupakan mereka yang berkemampuan ketika itu. Ketokohan Sardon bukan sahaja memiliki pendidikan yang tinggi, malah dia bergiat aktif dalam politik negara dan cergas dalam kegiatan NGO. Atas semangat patriotik dan sumbangan khidmat kepada negara dan masyarakat sewajarnya Tun Sardon bin Jubir diangkat sebagai seorang tokoh negara walaupun bukan dari kalangan bangsawan.