//added by Saiful 2025-08-28
 

Tongkang Pechah

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Tongkang Pechah merupakan salah satu pekan di Daerah Batu Pahat. Terletak kira-kira 15 km dari Bandar Batu Pahat, Tongkang Pechah terletak di tengah-tengah antara Pekan Parit Sulong dan Seri Medan.
    Di sini juga merupakan kawasan percantuman antara 2 sungai utama di Batu Pahat, iaitu Sungai Simpang Kanan dan Sungai Simpang Kiri. Tongkang Pechah merupakan Mukim Ke-6 menurut sistem mukim di Daerah Batu Bahat.
    Replika tongkang yang menjadi mercu tanda Tongkang Pechah yang dibina penduduk asal kawasan berkenaan.
    Tongkang Pechah jadi kebanggaan
    Antara kompleks niaga di Tongkang Pecah yang tersergam indah di mana pembinaannya seiring arus pembangunan kawasan berkenaan.
    JIKA ke bandar Batu Pahat melalui Jalan Parit Jalil atau Jalan Kolam Air, kita akan menemui pekan Tongkang Pechah.
    Walaupun nama pekan tersebut pelik dan unik, namun penduduk asal kawasan terbabit bangga dengan nama berkenaan, di mana ia menunjukkan kekuatan dan kegagahan mereka ketika zaman Jepun serta komunis dahulu.
    Kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Lorong Haji Mohd Yassin dihuni satu kelompok etnik Banjar yang berasal dari Banjar Masin, Kalimantan.
    Etnik berkenaan yang gagah berlawan merupakan keturunan Raja yang digelar Banjar Jatuh di mana mereka melarikan diri dari Banjar Masin kerana tidak suka berperang.
    Ketika zaman pemerintahan Jepun sekitar 1941, penjajah sukar menembusi kawasan berkenaan sedangkan tempat lain di daerah ini berjaya dikuasai mereka.
    Oleh kerana dendam yang tinggi serta dasar Jepun ketika itu yang mengamalkan pecah dan perintah, mereka sempat mengebom sebuah tongkang yang membawa bijih timah dari Sri Medan ke pusat pengumpulan di Yong Peng.
    Dengan mengebom tongkang berkenaan, tongkang terbabit terbelah dua...ia dilakukan dengan harapan penduduk Banjar di situ takut dengan serangan terbabit, namun ianya meleset.
    Hanya itu sahajalah serangan terbesar yang mampu dilakukan Jepun sehingga mereka menyerah diri beberapa tahun kemudian di Lorong Haji Mohd Yassin ini, yang kemudian namanya ditukar kepada Tongkang Pechah.
    Kejadian tongkang dibom berlaku di Sungai Simpang Kanan berhampiran Bindu di mana ketika itu pekan Tongkang Pechah berhampiran dengan sungai.
Publisher
  • Batu Pahat Sana Sini