//added by Saiful 2025-08-28
 

Sanggul Sultanah

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Sanggul ini biasanya didandan dan digayakan oleh Almarhumah DYMM Sultanah Engku Tun Aminah Engku Ahmad bin Mohamad Khalid, permaisuri kepada Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim semasa Sultanah menjadi permaisuri pada tahun 1959 hingga 1977.

    Keunikan sanggul ini didandan seumpama Sanggul Siput di mana kedudukan Sanggul Sultanah atau Siput Tengahari ini haruslah berada di tengah kepala.

    Dandanan sanggul sebegini amat digemari oleh Almarhumah Sultanah Tun Aminah ketika bersiar dan menghadiri majlis rasmi kerajaan.

    Sanggul ini juga boleh diserikan lagi dengan hiasan satu cucuk sanggul yang dicucukkan melintang dengan lilitan serta sedikit bunga pada sanggul yang dibuat.
Publisher
  • Yayasan Warisan Johor