//added by Saiful 2025-08-28
 

Kopi ‘Legend’ Cap Televisyen

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Hampir menjangkau usia 60 tahun, perniagaan Kopi Cap Televisyen diusahakan secara turun temurun kini diwarisi oleh Goh Yong Kian, generasi ketiga mendiang Goh Tong Tor.

    Nama ‘Cap Televisyen’ diambil sempena bermulanya sistem penyiaran televisyen pada awal 1960-an di Malaysia ketika tidak ramai mampu memiliki alat elektronik tersebut dan orang ramai akan berkumpul di rumah jiran tetangga yang mempunyai televisyen.

    Demi mengekalkan rasa yang asli, Kopi Cap Televisyen masih lagi menggabungkan tiga jenis kopi terbaik iaitu jenis Robusta, Arabica dan Liberica yang sudah menambat hati pelanggan selama beberapa dekad di Kluang.
Publisher
  • Media Digital Johor