Nasi Ambeng semestinya antara hidangan masyarakat Jawa yang popular dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat. Malah, lauk pauk yang dihidang juga sangat menyelerakan dan lagi meriah jika dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Hidangan ini juga asalnya merupakan makanan kenduri-kendara untuk masyarakat Jawa dan lauk pauk yang dihidangkan juga berbeza mengikut kesesuaian niat dan majlis