//added by Saiful 2025-08-28
 

Kubu Lama Di Kota Tinggi

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Anda mungkin pernah melalui jalan raya yang menghubungkan daerah Kota Tinggi dengan Mersing di Johor. Di dalam perjalanan anda pasti akan melihat beberapa binaan kubu lama dibahu jalan yang lurus dan sedikit berbukit - bukau itu. Kubu lama itu atau dipanggil "Pill Box" sebenarnya telah dibina oleh pihak British bertujuan untuk mengekang kemaraan dan serangan tentera Jepun ke atas Singapura melalui Tanah Melayu.
    Kubu lama yang boleh dilihat di jalan raya berdekatan dengan kawasan Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi itu bukanlah satu - satunya binaan zaman Perang Dunia Kedua yang wujud di Johor. Kubu tersebut sebenarnya hanyalah sebahagian kecil pertahanan yang dibina British setelah mengandaikan bahawa tentera Jepun akan menyerang Singapura melalui Laut China Selatan. Selain di jalan Kota Tinggi ke Mersing, terdapat juga kubu - kubu lama yang dijumpai di dalam hutan Sungai Sedili, Kampung Mawai, di dalam bandar Kota Tinggi dan juga kubu yang dipercayai menjadi kompleks pertahanan British di Tanjung Pengelih, Pengerang yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kota Tinggi.
    Selama lebih tujuh dekad, kubu-kubu berkenaan masih berdiri teguh, dulu hanya menjadi bangunan usang yang ditinggalkan begitu sahaja walaupun mempunyai nilai sejarah yang sepatutnya dijaga. Namun sekarang terdapat usaha dari pihak tertentu yang mula memberi perhatian untuk memelihara peninggalan sejarah ini. Bukan sekadar tinggalan sejarah, kubu-kubu tersebut menyimpan 1,001 kisah ketika Perang Dunia Kedua yang menjadi misteri dan tanda tanya sesetengah penduduk sehingga sekarang.
Publisher
  • Lovers Of the World Military & Defense