Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim telah membenarkan masyarakat Cina membuka penempatan dinamakan 'Kangkar' tebing Sungai Tebrau pada tahun 1840. Seorang ketua dalam kalangan penduduk Kangkar dilantik sebagai 'Kangcu' untuk mengurus dan mengawal keselamatan mereka.
Di antara Kangcu, dilantik 'Kapitan Cina' dan seorang 'Mejar Cina'. Encik Tan Hiok Nee, Kangcu Kangkar Tebrau kemudiannya telah dilantik sebagai Mejar Cina manakala Encik Seah Tai Heng, Kangcu Skudai sebagai Kapitan Cina yang pertama serta menjadikan mereka sebagai Ahli Dewan Negeri mewakili masyarakat Cina.