Kalau di Johor, ada beberapa daerah yang dikatakan adanya meriam Keramat yang akan meletup dengan dentuman kuat untuk memberi petanda kepada penduduk setempat bahawa akan berlaku bencana.
Daerah yang sering menceritakan akan Hal ini di daerah Kota Tinggi Dan Segamat, ada juga daerah-daerah lain juga turut mendengar bunyi dentuman meriam tetapi lokasi meriam tersebut tidak diketahui.
Di Kota Tinggi, lokasi meriam lagenda ini di Kampung Kelantan (Sungai Bedil) Dan Gunung Panti, manakala di Segamat pula di kawasan Pogoh.
Mitos meriam ini Masih belum dapat dibuktikan secara scientific mahupun pembuktian nyata. Ada juga yang mengaitkan bunyi dentuman meriam ini sebenarnya datang dari pintu empangan yang di buka Dan telah menghasilkan bunyi seperti dentuman meriam.
Pengalaman penduduk tempatan sememangnya tidak asing dengan cerita ini. Aku sendiri pernah melalui pengalaman tersebut, bunyi dentuman Dan gegaran yang menggegarkan rumah.