Naga Bentayan..Kisah ular lagenda bagi penduduk disekitar Muar,Johor yang hangat diperkatakan satu masa dahulu.
Dalam tahun 2004 dikatakan ular ini akan muncul dengan bantuan bomoh dan dukun dari sekitar nusantara. Saiz ular tersebut sangat la besar sehinggakan kepalanya sahaja sebesar sebuah kereta dengan sisiknya sebesar sebuah pinggan.
Naga Bentayan pada asalnya adalah seekor ular sawa yang bertapa didasar sungai Muar. Keadaan saiznya menjadi terlalu besar kerana dikatakan zat makanan dari dalam sungai tersebut selain sisa makanan yang diperolehi dari deretan kedai dipesisiran sungai.
hanya orang yang bertuah sahaja yang dapat melihat rupa bentuk makhluk ini yang turut dikaitkan dengan misteri makhluk halus.
Penduduk disekitar percaya makhluk ini akan muncul sekitar waktu Asar hingga ke Maghrib. Ada juga pemancing yang terlihat makhluk ini melintasi diantara tebing sungai Muar.