Pelancongan Ketenteraan di Malaysia telah menjadi tumpuan sejak diperkenalkan pada tahun 2012 oleh Kementerian Pertahanan. Langkah proaktif ini bertujuan untuk mempromosikan warisan bersejarah berkaitan ketenteraan, termasuk instalasi ketenteraan, muzium perang, tapak pertempuran, dan aktiviti reenactment.
Kejayaan negara-negara seperti Amarika Syarikat, Perancis, United Kingdom, Australia, dan Korea Selatan dalam mengembangkan produk pelancongan ketenteraan memberikan inspirasi kepada Malaysia.
Di Malaysia, terdapat contoh kerjasama yang menjanjikan, seperti Galeri Banding di Pulau Banding. Kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan EMKAY Holding membuka peluang untuk memanfaatkan lokasi-lokasi bersejarah, terutamanya kubu pertahanan British di pantai barat, timur, dan selatan. Kerjasama semacam ini memberikan peluang pemerkasaan kepada industri pelancongan ketenteraan. Sandakan Memorial Park di Sabah juga berjaya dijadikan sebagai tapak pelancongan dan rekreasi diatas kolabrasi antara Majlis Daerah Sandakan dengan Kedutaan Australia.
Meskipun potensi ini wujud, pemerkasaan pelancongan ketenteraan memerlukan kerjasama holistik dari pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, agensi pelancongan, NGO, dan kelompok reenactor seperti We Are Reenactor (WAR) dan Malaysian Reenactors (MyRENACT), serta peminat hobi pengumpul barang-barang ketenteraan , kenderaan , scale model dan sebagainya.
Pembangunan tapak bersejarah dan muzium perlu dilakukan secara berperingkat dengan penumpuan pada pemahaman mendalam terhadap nilai sejarah. Singapura, sebagai contoh cemerlang, telah berjaya mengembangkan tapak-tapak bersejarah Perang Dunia Kedua sebagai produk pelancongan utama.
Galeri Parit Sulong telah berhasil berkolaborasi dengan Majlis Daerah Yong Peng, Muzium Tentera Darat, kelab peminat ketenteraan, serta pihak kedutaan Australia dan British dalam memperingati Battle of Muar. Keberadaan tapak galeri ini di bangunan bersejarah yang dipulihara, bersama-sama dengan memorial, dataran, jambatan, Sungai, dan ditepi jalan utama, menempatkannya di atas tapak sebenar pertempuran, menjadikannya sebuah setting yang sempurna menawarkan visibiliti dan kemudahsampaian yang tinggi kepada pengunjung.
Dengan inisiatif ini, Parit Sulong memiliki potensi besar untuk menjadi salah satu destinasi utama pelancongan ketenteraan di Malaysia, menarik pelancong yang menggemari sejarah ketenteraan.