Apa Motif? Mereka diketuai oleh seorang pelarian Kampuchea yang mengaku sebagai Imam Mahdi
Orang itu adalah Mohamed Nasir Ismail, pelarian Kampuchea yang tinggal di Felda Kerayong, Pahang. Difahamkan, rasa tak puas hati itu bermula selepas Kadi Batu Pahat menyiasat dua anggota kumpulan itu yang didakwa membawa ajaran sesat. Siasatan juga mendapati mereka menjalankan aktiviti dan bersembunyi selama ini di Bukit Payung, Johor.
Polis yang sampai ke kawasan persembunyian itu mendapati kawasan itu dicacak dengan bendera putih yang ditulis Imam Mahdi dan Nabi Isa. Nasir turut mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi, dan pembantunya Lamim sebagai Nabi Isa.
Ajaran yang dibawa oleh Nasir ini juga didakwa mengatakan solat tak perlu mengadap kiblat sebab Allah ada di mana-mana, tak perlu Solat Jumaat sebab boleh solat di rumah je, tak perlu baca surah al-Fatihah masa solat subuh, solat tak perlukan imam dan kain putih menggantikan tanah untuk bertayamum.
Makanya, apa yang menjadi kunci utama untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan dakyah ini adalah perlunya kepada ilmu agama yang sebenar dan sifat kesederhanaan dalam diri. Ini kerana, tak dapat dinafikan yang ekstremisme muncul akibat kejahilan segelintir masyarakat dan golongan yang mendakwa diri sebagai agamawan.
Oleh itu, setiap pandangan dan penafsiran agama perlulah dirujuk kepada mereka yang benar-benar faham tentang agama. Dan kita sebagai umat juga seharusnya menampilkan gaya Islam sebenar yang memupuk keamanan, bertolak ansur dan tidak bertindak semberono dalam mana-mana keadaan