Battle of Endau In WW2 26 - 27 January 1942

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Keterangan
  • Battle of Endau ialah pertempuran semasa Perang Dunia Kedua yang berlaku di Endau, Mersing, pada 26–27 Januari 1942. Battle of Endau merupakan sebahagian daripada pertempuran di Tanah Melayu semasa penaklukan Tanah Melayu oleh Tentera Imperialis Jepun . Ia merupakan pertempuran laut pertama. Tenggelamnya kapal perang Prince of Wales dan kapal perang Repulse pada 10 Disember 1941, dan usaha terakhir untuk memintas serangan konvoi Jepun di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu (Laut Cina Selatan).
    Konvoi Jepun yang menghampiri Endau telah dikesan oleh pesawat peninjau pada 26 Januari dan serangan tersebut sebenarnya tidak memberi kesan. Walaupun diserang beberapa kali oleh pesawat Bersekutu, ketika ia mendaratkan tenteranya. Malah pihak Berikat mengalami kekalahan yang besar, manakala Jepun hanya kehilangan sebuah pesawat. Di awal Battle of Endau juga Tentera Laut Diraja British juga melakukan serangan dengan dua kapal pemusnah pada malam 26 Januari hingga awal pagi 27 Januari, untuk menghalang pendaratan tentera Jepun. Berlayar mengharungi kegelapan malam, mereka dapat mengesan konvoi yang berlabuh, dan tidak dapat dikesan oleh pihak musuh, namun tidak dapat mencari kapal tentera dalam kegelapan. Akhirnya kapal musuh mengtahui kehadiran kapal Bersekutu dan menyerang habis-habisan kapal pemusnahThanet ditenggelamkan pada awal pagi 27 Januari. Malang bagi Mersing kerana pada pagi itu juga, Mersing jatuh ke tangan Jepun.
Publisher
  • Unc Friday Channel