//added by Saiful 2025-08-28
 

Sultan Sir Abu Bakar Bapa Pemodenan Negeri Johor

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Sultan Sir Abu Bakar adalah Sultan pertama dari era Kesultanan Johor moden dan amat dikenali dengan pelbagai usaha untuk membangunkan negeri Johor pada zaman tersebut. Antara usaha yang dilakukan baginda adalah mewujudkan mahkamah, perkhidmatan pos dan juga jabatan kerja raya bagi memudahkan urusan pentadbiran negeri.

    Baginda amat mengambil berat hal kebajikan rakyat dengan membina kemudahan seperti sekolah, hospital dan juga jalan raya. Selain itu, baginda turut menubuhkan pasukan polis dan askar bagi menjaga keselamatan dan keamanan negeri Johor. Baginda turut memajukan ekonomi negeri Johor dengan meneruskan sistem Kangcu dan menjadikan perniagaan gambir dan lada hitam sebagai eksport terbesar dunia dari Johor pada zaman tersebut.

    Sultan Sir Abu Bakar juga telah mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 yang menjadikan Johor negeri pertama memiliki perlembagaan bertulis di tanah air dan seterusnya menjadi asas kepada institusi Raja Berperlembagaan di negara ini. Allah Peliharakan Sultan.
Publisher
  • JOHOR Southern Tigers