Ramai tidak tahu mengenai ‘Battle of Endau’

Imej

Maklumat Bahan Rujukan
Subjek
  • Ramai tidak tahu mengenai ‘Battle of Endau’

    1. Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini masih ada yang tidak pernah tahu mengenai satu sejarah penting yang terjadi di Endau, Johor. Sejarah yang dimaksudkan ini adalah berkaitan satu pertempuran di antara tentera Jepun dengan tentera Berikat yang telah berlaku di perairan Endau.

    2. Pertempuran sengit ini berlaku selama dua hari iaitu pada 26 hingga 27 Januari 1942. Peristiwa yang penuh bersejarah ini digelar sebagai ‘Battle Of Endau’.

    3. Peristiwa ini bermula apabila pasukan Tentera Laut Diraja British menghantar dua kapal terbang pemusnah ke Endau untuk menyerang dan memusnahkan kapal-kapal kargo tentera Jepun yang berlabuh di perairan Endau.

    4. Tindakan ini juga dilakukan bagi memintas penghantaran konvoi Jepun secara beramai-ramai ke sekitar semenanjung Tanah Melayu. Walaupun menyedari kekuatan tentera laut British tidak seimbang dengan kekuatan tentera laut Jepun, mereka tetap meneruskan serangan tersebut.

    5. Manakala tujuan utama pendaratan amfibia yang dilancarkan oleh pihak tentera Jepun adalah bagi tujuan untuk merosakkan jaringan komunikasi antara pihak British di Johor dengan Singapura pada ketika itu.

    6. Pertempuran tersebut berlaku pada petang 26 Januari apabila Tentera Berikat menghantar pasukannya dari Singapura ke Mersing dengan dilindungi pesawat pejuang British membabitkan 12 pesawat pejuang jenis Brester F2A Buffalo dan sembilan pejuang Hawker Hurricane. Mengikut catatan, majoriti pesawat pejuang tentera Berikat agak lama dan ketinggalan zaman.

    7. Berbeza dengan tentera Jepun yang menghantar 2 pengangkutan tentera iaitu Canberra Maru dan Kansai Maru serta pelbagai kapal pengiring lain seperti Kruiser Sendal, kapal pemusnah kelas Fubuki dan lain-lain yang jauh lebih hebat dari kepunyaan tentera Berikat.

    8. Difahamkan berlaku serangan bertubi-tubi dari tentera Berikat dan mendapat tentangan yang sengit juga dari tentera Jepun. Walaupun pesawat pejuang tentera Berikat agak lama tetapi tentera Berikat berjaya melancarkan serangan ke atas kapal-kapal dan tentera Jepun yang sedang melakukan pendaratan di pantai.

    9. Kemuncaknya berlaku pada 27 Januari apabila tentera Jepun melancarkan pertempuran secara besar-besaran. Kapal-kapal tentera Berikat berusaha untuk melarikan diri tetapi tidak berjaya apabila tentera Jepun berjaya menembak enjin kapal pemusnah (Thanet) tentera Berikat dan akhirnya tengelam.

    10. Walaupun tentera Berikat melancarkan serangan menerusi udara dan laut bagi mengekang kemaraan Jepun di Tanah Melayu, tetap sahaja tidak berjaya mematahkan pencerobohan Jepun yang akhirnya berjaya menawan Mersing pada awal pagi 27 Januari 1942.

    11. Akhir sekali, penduduk di sekitar Mersing dan Endau juga terpaksa dipindahkan ke Batu Pahat.
Publisher
  • Gerakan Setia Johor